SIAPAKAH ASMA' BINTI UMAIS ?
Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya
Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma binti Umais bin Maadd bin Tamin al
Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan
oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan dengan Abu Bakar ra
beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra. Apabila Asma berkahwin dengan Ali
ra, maka Muhammad bin Abu Bakar menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali
ra.
Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia
beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[Sejarah
Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau
adalah isteri ke enam bagi Ali ra.
Pernikahan dengan Ali melahirkan
Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil riwayat ini dari Ibnul Kalbi.
Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua
orang putra darinya, Yahya dan Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari
ummul walad [Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati
ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA
ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.
Suatu yang istimewa dengan Asma
binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang
mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan melayaninya dengan penuh
kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah
Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat hubungan Asma
ra dengan Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra
, kerana masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah
ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi
bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali ra dengan
Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah dirahsiakan dari
pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a
hanya ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian
Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah Fatimah
r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
HIJRAH ASMA’ KE MADINAH
PERJALANAN dari Habsyah ke Madinah
terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia, anak saudara suaminya sendiri,
membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup di Habsyah aman dan tenang di bawah
pemerintahan Najasyi yang adil serta terhindar daripada gangguan kafir Quraisy,
hatinya tetap rindu bagi bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
"Jauh lagikah? Saya tidak sabar
tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan sekian lama;' kata Asma' binti Umais
pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin
ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama lagi;'
jawab J aafar lirih.
Jaafar memandang ketiga-tiga anaknya
yang dilahirkan di Habsyah iaitu Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil
dan belum mengerti apakah yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka.
Mereka belum tahu erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun, di bawah didikan Rasulullah
nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar menjadi pejuang-pejuang agama yang
memiliki iman yang kental.
Jaafar kemudian menoleh pada isterinya.
"Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba
menduga hati Asma'.
Asma' termenung mendengar pertanyaan
suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke
sana bersama segelintir kaum Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri
daripada gangguan kafir Quraisy.
Selama tujuh tahun, mereka begitu
akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada mereka. Selepas Najasyi masuk
Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat tempat yang istimewa dalaM keluarga raja
itu.
Ini terbukti apabila Najasyi
menamakan puteranya nama yang serupa dengan anaknya, Najasyi meminta Asma'
menyusukan puteranya bersama-sama anaknya.
"Abdullah anak susuan saya dan
bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya pada Rasulullah dan negara Islam
Madinah, tidak ada tolak bandingnya;' jawab Asma'.
Jaafar terangguk-angguk mendengar
kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar Rasulullah sedang menunggu
kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui kita semua kata Jaafar.
Selepas menempuh perjalanan yang
lama, akhimya rombongan mereka tiba di Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin
sedang meraikan kemenangan mereka mengalahkan kafir Quraisy dalam perang
Khaibar.
"Allahu akbar! Allahu akbar!
Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin bertakbir memuji kebesaran
Allah atas kemenangan mereka itu.
Muslimah Pilihan
Ketika itulah Jaafar dan
rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar,
beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi Allah, aku tidak tahu
mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan Jaafar atau kemenangan
Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah
dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
"Isteriku, saya telah mendapat
perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke Syam memerangi tentera
Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu hari.
"Siapakah yang memimpin tentera
Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid bin Harisah. Akan tetapi,
sekiranya dia syahid, sayalah yang menggantikan tempatnya jawab Jaafar,
"Pergilah suamiku. Semoga Allah memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin”
kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh umat Islam temanti-nanti
kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar berita sama ada kaum Muslim memperoleh
kemenangan atau sebaliknya.
Hati Asma' bergetar apabila
Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah mendekati ketiga-tiga anak Asma',
lalu mencium mereka dengan , mata berlinangan.
"Wahai Rasulullah, apakah yang
membuatkan anda menangis? Adakah anda telah mendapat khabar tentang Jaafar dan
sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid
hari ini” jawab Rasulullah ringkas.
Mendengar jawapan Rasulullah itu,
Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia menangis teresak-esak di samping
anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar demi mengharapkan reda Allah .
ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR
AS-SIDDIQ
Tidak lama sesudah itu, Asma'
berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas isteri beliau, Ummu Rumaan
meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu Bakar, sehingga beliau dilantik
menjadi khalifah selepas Rasulullah wafat. Asma' juga bersabar ketika
menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit kuat.
"Asma', apabila aku meninggal
dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu agar dirimu lebih kuat:” pesan
Abu Bakar apabila dia merasakan maut semakin menghampirinya.
"Baiklah:” jawab Asma' sambil
matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut.
Tidak lama kemudian, lnnalillahi
wainna ilaihirojiun.
Asma' berasa sedih dengan kematian
Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan
jenazahnya.
Asma' kembali bersendirian
membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka dengan memohon kepada Allah agar
memperbaiki anak-anaknya sehingga mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang
bertakwa.
ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI
TALIB
Sedih yang dialami oleh Asma' segera
diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau datang meminang Asma' selepas Fatimah
az-Zahra meninggal.
Ketika Ali bin Abi Talib dilantik
sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut memikul tanggungjawab sebagai isteri
khalifah bagi kaum muslimin dalam menghadapi peristiwa-peristiwa besar.
Demikianlah Asma' binti Umais,
wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin besar kaum Muslimin iaitu
Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan Ali bin Abi Talib. Semoga Allah
merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga
suaminya. Katanya, "Aku tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa
Arab yang lebih baik daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah
baya yang lebih baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya
dibandingkan kedua-duan
Rewritten by Rendi Firnando
0 komentar:
Posting Komentar